CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 13 November 2012

Nak tahu Stroke atau Angin Ahmar

TAHU kah ANDA Terdapat 2 jenis strok
1. Strok Iskemia
2. Strok Berdarah


Ada yang mengatakan jenis yang ketiga iaitu-Transient Ischemic Attack (TIA) – strok minor yang memberikan tanda-tanda amaran strok akan berlaku.
Strok iskemia terjadi hampir 83% daripada kedua jenis ini.Strok iskemia berlaku apabila salur darah tersumbat biasanya oleh darah beku. Gumpalan biasanya berlaku apabila salur darah tersumbat dengan lemak dan kolesterol-(Atherosclerosis). Dalam Strok Iskemia darah tidak dapat sampai ke otak menyebabkan sel otak kekurangan nutrient dan oksigen.
Terdapat 2 jenis strok iskemia
1-Strok iskemia yang berasal dari dalam gumpalan yang terbentuk di dalam salur darah di kawasan otak
2- Strok iskemia yang berasal dari gumpalan yang terbentuk di salur darah di kawasan badan dan menuju ke otak dan tersumbat di kawasan arteri yang sempit
Strok iskemia juga boleh terjadi akibat kecacatan pada injap jantung (endocarditis) keradangan pada lining jantung ini menyebabkan pembentukan gumpalan darah yang akan menuju ke otak.

Strok Berdarah (hemorrhagic stroke) berlaku apabila salur darah di otak pecah atau terputus, menyebabkan pendarahan dalam otak.Strok berdarah berkait rapat dengan tekanan darah tinggi ,ia juga boleh disebakan oleh aneurism, iaitu apabila sebahagian salur darah membesar (ballons out) ,pecah dan menyebabkan pendarahan dalam otak.Antara sebab lain oleh kecacatan pada rangkaian salur darah (arteriovenous malformation-AVM)
Pembentukan protein amyloid di dalam arteri juga antara penyebab strok berdarah terutama pada orang tua.
Dengan teknologi dan penemuan terkini masalah strok dapat dielakkan dengan perubahan gaya makanana dan kehidupan.
Lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran anda untuk mengetahui tahap kesihatan terkini.
Anda mampu mengubahnya...dapatkan makana tambahan

No comments:

Post a Comment