Tip-tip Produk untuk Semua Jenis Kulit
Faktor Utama yang perlu dipertimbangkan :
  • Umur
  •  Jenis kulit
  • Jenis produk kosmetik yang selalu digunakan dan persekitaran cara hidup individu seperti bekerja di luar atau dalam bilik berhawa dingin.

Penjagaan kulit secara umum :
1. Memilih produk yang tepat yang sesuai dengan umur dan jenis kulit anda.
2. Elak menggunakan skrub muka yang kasar terutamanya yang berkulit sensitif, mempunyai masalah jerawat yang teruk dan di bawah rawatan khas kulit. Ia boleh merosakkan kulit dan menggalakkan pengeluaran melanin.
3. Bagi mereka yang menjalani rawatan intensif masalah jerawat dan menggunakan produk lain serta ingin menukar kepada produk Giffarine. Anda dinasihatkan supaya berhenti mengguna kan produk tersebut sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum menggunakan produk Giffarine. Jika kulit wajah anda berubah menjadi sedikit gelap atau ruam, berhenti menggunakan produk tersebut, ia adalah kesan ‘rebound’ yang akan hilang secara semulajadi selepas 1-2 bulan.
4. Elakkan memicit jerawat semasa rawatan, ia secara langsung men ganggu proses rawatan dengan peluang jangkitan yang tinggi dan menyukarkan proses rawatan.
5. Jika wajah anda mempunyai masalah jeragat dan jerawat,
diingatkan supaya menggunakan produk jerawat dahulu
dan elakkan menggunakan rawatan kulit wajah yang lain
pada masa tersebut.
6. Kepada mereka yang mempunyai masalah kulit kombinasi,
pertimbangkan tip-tip ini untuk produk kosmetik :
- Gunakan produk untuk kulit kering di sekitar mata,
kawasan luar pipi(berdekatan telinga)
- Gunakan produk untuk kulit berminyak di sekitar dahi, hidung dan pipi (berdekatan hidung)