CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 6 July 2012

APA ITU COLLAGEN


KETAHUI APA ITU COLLAGEN YANG DIPERLUKAN DALAM TUBUH ANDA
Collagen ialah sejenis protein yang sangat penting untuk menganjal,menegang,dan memutihkan kulit dan ia sering menjadi rebutan dan pilihan utama wanita pada masa kini.
Apabila umur meningkat,kulit menjadi semakin kendur dan kusam yang akan menyebabkan kedutan. Penggunaan collagen mampu membaiki struktur kulit. Pakar kesihatan memperakui penggunaan collagen bagi menghasilkan sel-sel kulit dan sekaligus mengurangkan kedutan & tanda penuaan pada kulit. 
Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan,kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit
Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perikat dalam badan dan lebih kurang 1/3 daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen.
Fungsi kolagen adalah memberikan struktur kepada badan,melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.


Pada usia 20-an,terdapat pertumbuhan yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur badan dan menggalakkan perkembangan otot,tendon serta ligamen. Ia digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru.

Ketika usia 25 tahun keatas,kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5% setahun & sehingga usia 45 tahun,badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30% daripada kolagen semulajadi.


KEBAIKAN PENGAMBILAN COLLAGEN PLUSS:-

KULIT
Melembut, melicin dan menganjalkan kulit
Menghilang/mengurangkan garisan kedut halus terutama di bawah mata
Menyeri dan mencerahkan wajah
Mencerahkan kulit dari dalam dan menghilangkan pigmentasi
Menghilangkan jerawat dan memudarkan parut jerawat dari wajah
Mencantikkan badan dan menghilangkan geleber kulit
Menganjalkan,melembut & menghaluskan kulit payudara


TUBUH & KESIHATAN
Meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan sistem imun badan
Meningkatkan kadar metabolisma, mengurangkan kolesterol dan Mengatasi masalah sembelit
Mengstabilkan kitaran hormon, kitaran haid dan menghilangkan senggugut
Mengetatkan faraj dan meningkatkan libido wanita
Menguatkan tulang, gigi serta sendi


RAMBUT
Menguatkan akar rambut
Melembut dan menyinarkan rambut
Mengurangkan rambut bercabang
Membasmi keguguran rambut
Menyuburkan dan melebatkan rambut
KETAHUI BAHAWA STRUKTUR KULIT ANDA TERDIRI DARIPADA 3 LAPISAN :

1) Lapisan Epidermis
Merupakan lapisan paling luar yang mengandungi 'keratinocyte' bagi menghasilkan keratin yang akan menutupi lapisan luar kulit,mengekalkan kelembapan kulit dan melindungi badan daripada bakteria sambil mengimbangi suhu normal badan.

2) Lapisan Dermis
Merupakan lapisan dibawah epidermis yang mengandungi serat kolagen,serat elastik,serat rektikulum dan pembuluh darah utama.Dermis merupakan penghubung utama kepada lapisan epidermis yang bertindak balas antara satu sama lain bagi menghubungkan hujung saraf yang akan mewujudkan deria sentuhan pada kulit. Dalam meniti peningkatan usia, kulit mengalami pelbagai perubahan yang ketara. Sel kulit membahagi dengan perlahan, lapisan dalaman (dermis) mula menipis, kulit tidak lagi mampu memulih dengan sendiri dan parut luka lambat untuk sembuh

3) Lapisan Subkutis
Merupakan lapisan tisu dibawah kulit.Ianya berperanan psikologal meliputi hormon yang mengawal penyerapan gula dan menyimpan khasiat.

Collagen dalam bahasa Greek, 'Kolla' yang bermaksud gam. Ia merupakan penghubung tisu protein yang utama. Kolagen mempunyai daya ketegangan yang tinggi meliputi komponen utama ligamwn dan tendon. Ia penting untuk ketegangan dan keanjalan kulit yang akan membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus pada kulit disebabkan faktor umur.Collagen juga mampu melindungi kornea mata didalam bentuk kristal jernih

Terdapat lebih banyak kandungan collagen di dalam badan orang muda berbanding orang berusia,dimana ia lebih anjal,tegang,halus dan licin. Apabila umur meningkat,serat collagen akan musnah dan semakin berkurangan yang menyebabkan timbul garis-garis halus & kedutan pada kulit. Walaubagaimanapun,ia dapat diatasi dengan menambah lagi kandungan kolagen dalam badan melalui pemakanan atau suntikan pada kulit yang memerlukan kepakaran doktor namun cara paling efektif adalah melalui pemakanan.


Kandungan:
Fish collagen (tuna fish), L- Lysine mono HCL, Vitamin C, Calcium, Lycopene


Harga : RM66/30 tablet
Arahan : Ambil 1-2 kapsul sehari,selepas makan.


No comments:

Post a Comment